Aku & Dia




Assalamualaikum. Bermulanya kisah dengan si dia. Sebenarnya cerita ni sambungan dari entry yang sebelum ni. Okay, before that. SAYA BENCI LELAKI. That’s the words yang patut keluar dari mulut saya. Saya tak faham kenapa lelaki zaman sekarang ni suka sangat bagi harapan kat girl kan? Why oh why ?  Apa salah kami kaum hawa ni haa? Sudah-sudah lah tu kaum adam. Ingatlah, kami ni pun ada perasaan juga.
Hampir 2 bulan juga lah kitaorg kenal. Dia baik untuk saya, tapi saya rasa saya dah salah nilai dia kali ni. Dan inilah kesilapan yang paling besar yang pernah saya buat. Hmmm. Easy come, easy go. Haih. Sabar Emalyna. Mungkin dugaan Allah untuk kau. Tapi seriously saya sakit hati sangat. Dan benda ni buatkan saya taknak kenal dengan lelaki lagi boleh?  Mudah nya awak datang dan pergi kan? And that 2 months rasa macam 2 tahun, I don’t know why. Haihh. Awak pergi tanpa kata. Saya rasa macam diperbodohkan sangat dengan lelaki ni. Kalau saya ada buat salah, maafkan. Dan saya rela jauh dari hidup awak.

Kenapa awak pergi setelah awak bagi harapan kat saya? Salah apa je yang saya dah buat sampai awak sanggup buat saya macam ni? Awak tahu tak awak dah bg harapan yang agak tinggi kat saya? Tak suka, cakap dari dulu kan senang. Hmm. Benda lain boleh kalau awak nak sakitkan, tapi hati saya ni jangan lah. Disebabkan awak sorang, saya dah susah nak terima lelaki lain tahu? Punya lah susah saya nak terima lelaki dalam hidup saya. Tapi awak pergi macam tu je.





Sumpah cara awak serious dengan saya. Kaum adam, tahu tak hati kaum hawa ni lembut je? Senangnya korang nak mainkan perasaan kami kan? Apa motif? Susah sangat nak jaga hati kami? YaAllah … sesungguhnya aku tidak kuat untuk menjalani ujian ini. Tapi aku tabahkan juga.

Saya taktahu kenapa setiap kali saya tengok awak, saya rasa something. Yeah, walaupun saya tahu kita tak ada apa-apa hubungan. I know that. Setiap kali saya text awak saya rasa happy sangat. I really do. And how about you? Is it the same? Memang pada awalnya, saya tak berharap apa-apa pun dari awak. Mungkin kita sebagai kawan. Tapi cara awak membuatkan saya rasa macam entahlah. Awak bbm saya pagi petang siang malam. Sampai dalam class pun awak nak contact saya. Awak nampak bersungguh-sungguh sangat. Awak nak saya kejutkan awak bangun Subuh. Seriously, saya down sangat bila awak buat macam ni. Tercari-cari kat mana salah diri ni. Sedih sangat-sangat. Tak terkata rasanya. Walaupun saya tahu saya tak patut rasa macam sekarang ni. Tak ada kata putus dari awak pun. Itu yang membuatkan saya down.





Allah gerakkan hati kita untuk berkenalan pada bulan Ramadhan awak. Padahal sebelum tu kita boleh je nak contact pun kan? Kenapa haa? Hati ni dah tak mampu nak tanggung sakit lagi. Setiap kali baca text-text awak, saya nak nangis je. Haih. Kenapa dalam ramai-ramai wanita tu awak pilih hati saya untuk awak sakitkan? Apa salah saya? Mungkin saya terlalu mengharap ke? Hmmm.





Mungkin awak ada something yg takboleh nak cerita sekarang. It’s okay. I’m just fine here. Nak kata saya tunggu awak tu taklah. Tapi saya tak kan couple dengan mana-mana lelaki. Kalau suatu hari nanti awak datang cari saya and nak jelaskan semuanya, mungkin time tu saya akan faham. Cuma buat masa ni hati saya dah tawar awak. Saya tak sanggup dah bila hati ni disakitkan lagi. Cukuplah. Saya nak kenal dengan lelaki tu dengan harapan dia yang terakhir untuk saya. Saya akan terima semua kekurangan dia.

SALAM. 

Tentang Diaa -.-


Assalamualaikum guys, sorry dah lama tak update blog kan. Blog ni pun tak ramai yang tahu, hewhew. So harini macam teringin pula nak update, hikhik.

Walau ku tahu kau tak sempurna, tak kan membuat aku jauh darimu. Apa adanyaa, ku kan tetap setia kepadamu. Semenjak dua menjak ni, lagu ni bermain main je kat kepala otak aku ni. Kenapa entahhh, haihh. Haha. Weyy , mungkinkah aku dah jatuh cinta? Perasaan apa ni weyy?  YaAllah, aku mohon petunjuk-Mu yaAllah. Amin. Sekiranya dia benar jodohku, aku mohon kau satukan  lah hati kami. Jika tidak, berilah jalan yang terbaik agar kami tidak saling menyakiti kelak. Jika benar ada perasaan cinta dalam diri aku pada waktu  ini, aku mohon Engkau kekalkan lah rasa cinta ini yaAllah.

YaAllah, sesungguhnya aku sangat takut untuk bercinta lagi. Hati ini amat berat untuk menerima mana mana lelaki. Untuk itu, aku mohon Engkau lembutkan lah hati aku. Tapi cinta itu satu anugerah yang semua orang miliki. Kalau takde rasa cinta macam mana kan. Hehe. Entahlahh, buat masa sekarang ni aku taknak fikir sangat. Kalau ada jodoh aku dgn si diaa, ada lah kan. Heee. Tp taktahuu mcm mana nak describe perasaan ni weyy. Hadoyyy. Hmm. Aku suka kat dia ke ekk? Dia dah ckp yg dia sukakan aku. Tu lahh, kalau ada jodoh tak ke mana kann. Hee. So biar je lah masa yg tentukan. Aku patut berdoa je sekarang, hewhew. Berdoa tu kan senjata orang mukmin. Kuikui -.-”

Kalau benar ada rasa cinta antara kami, aku mohon jangan Engkau jauhkan hati kami yaAllah. Satukan lah hati kami. Tunjuk kan lah kami jalan yang benar.

Biarlah nama dia rahsia aku je, tak perlu bgtahu kan. Dia cool. Aku suka cara diaa. Heee. Entah kenapa ekk. Raya ni dia plan nak datang rumah aku. And of course aku pun kena lah datang rumah dia jugak kan. Hewhew. Semoga satu hari nanti Allah tunjuk kan aku jalan. Awak, kalau saya cakap saya suka awak mcm mana ekk? Then apa yang patut saya buat? Heee. Saya dah lama single awak. Then, saya ni tak pandai ohh nak layan lelaki. Cukup sederhana je. Tp insyaAllah saya boleh jadi yang terbaik untuk awak. insyaAllah saya boleh setia dengan awak. Saya akan terima semua kekurangan awak. And hopefully awak pun dapatlah terima semua kelemahan dan kekurangan saya.

Saya ni nak perhatian je. Tak lebih dari tu pun. Hewhew. Perempuan kan, apa lagi yg dia nak selain perhatian. Cehh , hahaha. Cukuplah kalau awak dapat faham saya. Terima baik buruk saya. Heee. Okay done, sampai sini je kot. Hewhew. Nanti nanti update lagi. Winkwinkk -.- Wasalamm